Friday, February 15, 2019

Doa Yang Termakbul


Kadang-kadang terfikir semua ni macam mimpi..
Cepatnya masa berlalu. Masih saya ingat menangis di tikar sembahyang.
Merayu-rayu, meratap, hampir sahaja meraung. Air mata berjurai-jurai.
Memohon pada yang Yang Satu. Mohon dikurniakan zuriat.
Bagaimana mungkin dikurniakan zuriat dari darah daging sendiri kalau tak berlaki J
Tapi saya amat yakin doa akan dimakbulkan.
Saya akan ada zuriat dari rahim saya sendiri.
Ya, tepat ramalan saya dikurniakan zuriat.
Tapi sebelum tu sudah tentu Allah kurniakan suami.
Mana mungkin cerita saya akan sama dengan
Si Suci Maryam dengan Si Mulia Yusuf a.s.

Pada mulanya memang saya sentiasa berdoa agar dicepatkan, ditemukan, dipermudahkan jodoh.
Hadirkan seorang lelaki bernama suami Ya Allah.
Bila usia meningkat hampir ke 3 series saya mula rasa sunyi.
Cemburu tengok post kawan-kawan.
Awal-awal tahun masing-masing berlumba post ragam hantar anak ke school.
Ragam anak kacau mak tengah berak. Anak mandikan kucing dengan mesin basuh.
Bila hari raya pula post gambar baju sedondon dengan anak-anak dengan caption
“Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga”.
Masa tu rasa sunyi sangat. Bestnya ada anak. Beshnya ada family sendiri.
Walaupun masa tu dah ada 3 orang anak saudara tapi hati tetap rasa nak jadi ibu.
Ibu yang melahirkan dari rahim sendiri.
Bermula dari situ saya ubah doa saya. Saya kerap buat solat hajat mohon nak anak.
Antara doa wajib selepas fardhu.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةًً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءِ
 “Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik.
Sesungguhnya engkau maha pendengar do’a” (QS.Al-Imran: 38)


Sampai sekarang doa ini masih saya baca.
Tak lama selepas itu, saya dikenalkan dengan seorang lelaki.
Perkenalan biasa-biasa saja. Sebulan kemudian terus dia hantar rombongan merisik.
Cuti 1 Malaysia kami bertunang.
Bertunang 4 bulan, kahwin di hari lahir saya yang ke 30
(birthday hijri date-saya lahir 12 Rabiul Awwal
bersamaan dengan Maulidur Rasul). Gregorian date December.
Tarikh kahwin 24 Januari 2013.
Hujung tahun 2013 hadiah birthday saya adalah seorang
baby boy yang sangat handsome! Haha
Siapa lagi nak puji kalau bukan maknya sendiri JJJ

Nampak tak..permohonan untuk ada zuriat Allah kurniakan double..suami dulu baru anak.
Yakinlah Allah Maha Mendengar. Mohon lah apa sahaja. Lambat atau cepat bukan urusan kita.
Doa, doa dan doa…kemudian usaha dan tawakkal.

Semoga kita istiqomah dalam berdoa dan tidak berputus asa.

Salam Sayang,
Iman.

No comments:

Post a Comment