Friday, June 14, 2019

Tiada Tajuk

Assalamualaikum...

Entry ini tiada kena mengena dengan cerita mawi ye...ni nak cerita diri sendiri yang tengah bengang dengan diri sendiri...bengang sebab tak improve...bila nak improve tah...suka tengok kehidupan orang senang..berjaya...suka baca kisah-kisah motivasi tapi tak jalan-jalan jugak...pemalas yang amat...rasa nak pinjam tukul Thor nak ketuk kepala sendiri berkali-kali boleh?

Semoga lepas ni membangun bersama ummah..eh?

Sunday, April 14, 2019

Ramadhan 2019

Yeay.. Ramadhan datang lagi...

Semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk Ramadhan kali ni.. lagi 20hari

Friday, February 15, 2019

Dah Pandai Pakai Selipar

Sedang borak-borak dengan mak mentua kat luar rumah tiba-tiba pak mentua balik
bawa buah mata kucing. Si Ayra panggil nate kucing 😸
Memang tak pernah puas makan 'binatang' ini😽 Manis and best.

Sedang bersidai-sidai dekat depan rumah terjumpa la sepasang selipar.
Selipar budak yang ada tali kat belakang tu. Apalagi try la pakaikan kat si kecik tu.
Dari baby sampai la dah masuk 14 bulan ni memang saya langsung tak pernah pakaika Alya dengan kasut. Apa-apa kasut, selipar ke pre-walkers ke memang tak pernah. Sekali je pernah belikan sock yang ada renda-renda tu. Pakai masa raya. Tu pun sekejap je.
1st-1st pakai dia macam tergamam. Mak mentua pelik tanya kenapa..haha..
Dia memang tak pernah pakai kasut ma. Alya macam terpause jap sampai tak boleh jalan.
Gayat la kot tiba-tiba ada sesuatu kat kaki dia. Dia try jalan-jalan sikit-sikit dalam 2cm gitu 😂 

Lepas tu....dah balance dah selesa...apalagi teruss zaap zaap zaap..kedek-kedek jalan atas tanah
macam dah biasa benar.





Terus tak hirau mama panggil. Rupanya selipar dia pakai tu selipar sepupunya Damia. Damia tua 3bulan je dari Alya. Damia diam jer..pasrah jer tengok Alya ambik selipar dia. Baik jer dia. 
Jalan-jalan kat atas tar. Kejar-kejar abang, kakak sepupu dia. Disebabkan mama tak prepare yang baby yang dah tak berapa baby nak berjalan kat tanah. Tak pakaikan knee cover. Budak baru pandai berjalankan..sah-sah memang kerap la jatuh. Siap berdarah lutut tapi relax jer. Tak reti sakit budak ni. Ajak naik pun tak nak..ngamok.. Last-last kena naik jugak sebab dah start duduk makan pasir....alahai.....

Doa Yang Termakbul


Kadang-kadang terfikir semua ni macam mimpi..
Cepatnya masa berlalu. Masih saya ingat menangis di tikar sembahyang.
Merayu-rayu, meratap, hampir sahaja meraung. Air mata berjurai-jurai.
Memohon pada yang Yang Satu. Mohon dikurniakan zuriat.
Bagaimana mungkin dikurniakan zuriat dari darah daging sendiri kalau tak berlaki J
Tapi saya amat yakin doa akan dimakbulkan.
Saya akan ada zuriat dari rahim saya sendiri.
Ya, tepat ramalan saya dikurniakan zuriat.
Tapi sebelum tu sudah tentu Allah kurniakan suami.
Mana mungkin cerita saya akan sama dengan
Si Suci Maryam dengan Si Mulia Yusuf a.s.

Pada mulanya memang saya sentiasa berdoa agar dicepatkan, ditemukan, dipermudahkan jodoh.
Hadirkan seorang lelaki bernama suami Ya Allah.
Bila usia meningkat hampir ke 3 series saya mula rasa sunyi.
Cemburu tengok post kawan-kawan.
Awal-awal tahun masing-masing berlumba post ragam hantar anak ke school.
Ragam anak kacau mak tengah berak. Anak mandikan kucing dengan mesin basuh.
Bila hari raya pula post gambar baju sedondon dengan anak-anak dengan caption
“Selamat Hari Raya Dari Kami Sekeluarga”.
Masa tu rasa sunyi sangat. Bestnya ada anak. Beshnya ada family sendiri.
Walaupun masa tu dah ada 3 orang anak saudara tapi hati tetap rasa nak jadi ibu.
Ibu yang melahirkan dari rahim sendiri.
Bermula dari situ saya ubah doa saya. Saya kerap buat solat hajat mohon nak anak.
Antara doa wajib selepas fardhu.

رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ ذُرِّÙŠَّØ©ًً Ø·َÙŠِّبَØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِÙŠْعُ الدُّعَاءِ
 “Ya Tuhanku, berikanlah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik.
Sesungguhnya engkau maha pendengar do’a” (QS.Al-Imran: 38)


Sampai sekarang doa ini masih saya baca.
Tak lama selepas itu, saya dikenalkan dengan seorang lelaki.
Perkenalan biasa-biasa saja. Sebulan kemudian terus dia hantar rombongan merisik.
Cuti 1 Malaysia kami bertunang.
Bertunang 4 bulan, kahwin di hari lahir saya yang ke 30
(birthday hijri date-saya lahir 12 Rabiul Awwal
bersamaan dengan Maulidur Rasul). Gregorian date December.
Tarikh kahwin 24 Januari 2013.
Hujung tahun 2013 hadiah birthday saya adalah seorang
baby boy yang sangat handsome! Haha
Siapa lagi nak puji kalau bukan maknya sendiri JJJ

Nampak tak..permohonan untuk ada zuriat Allah kurniakan double..suami dulu baru anak.
Yakinlah Allah Maha Mendengar. Mohon lah apa sahaja. Lambat atau cepat bukan urusan kita.
Doa, doa dan doa…kemudian usaha dan tawakkal.

Semoga kita istiqomah dalam berdoa dan tidak berputus asa.

Salam Sayang,
Iman.

Sunday, January 27, 2019

BLOG BEST

Assalamualaikum blog...lama tak jumpakan? Rindu tak? 
insyallah mama kembali ni nak hidup bersama blog balik..
kita kawan balik ye. mana tau lepas ni mama buat blog ni
jadi blog best gile haha..sambil2 boleh buat income untuk mama
dan family. btw mama dah beranak 3 tau!