Assalamualaikum...
Entry ini tiada kena mengena dengan cerita mawi ye...ni nak cerita diri sendiri yang tengah bengang dengan diri sendiri...bengang sebab tak improve...bila nak improve tah...suka tengok kehidupan orang senang..berjaya...suka baca kisah-kisah motivasi tapi tak jalan-jalan jugak...pemalas yang amat...rasa nak pinjam tukul Thor nak ketuk kepala sendiri berkali-kali boleh?
Semoga lepas ni membangun bersama ummah..eh?
Friday, June 14, 2019
Sunday, April 14, 2019
Ramadhan 2019
Yeay.. Ramadhan datang lagi...
Semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk Ramadhan kali ni.. lagi 20hari
Semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk Ramadhan kali ni.. lagi 20hari
Friday, February 15, 2019
Dah Pandai Pakai Selipar
Sedang borak-borak dengan mak mentua kat luar rumah tiba-tiba pak mentua balik
bawa buah mata kucing. Si Ayra panggil nate kucing 😸
Memang tak pernah puas makan 'binatang' ini😽 Manis and best.
Sedang bersidai-sidai dekat depan rumah terjumpa la sepasang selipar.
Selipar budak yang ada tali kat belakang tu. Apalagi try la pakaikan kat si kecik tu.
Dari baby sampai la dah masuk 14 bulan ni memang saya langsung tak pernah pakaika Alya dengan kasut. Apa-apa kasut, selipar ke pre-walkers ke memang tak pernah. Sekali je pernah belikan sock yang ada renda-renda tu. Pakai masa raya. Tu pun sekejap je.
1st-1st pakai dia macam tergamam. Mak mentua pelik tanya kenapa..haha..
Dia memang tak pernah pakai kasut ma. Alya macam terpause jap sampai tak boleh jalan.
Gayat la kot tiba-tiba ada sesuatu kat kaki dia. Dia try jalan-jalan sikit-sikit dalam 2cm gitu 😂
Lepas tu....dah balance dah selesa...apalagi teruss zaap zaap zaap..kedek-kedek jalan atas tanah
macam dah biasa benar.
Terus tak hirau mama panggil. Rupanya selipar dia pakai tu selipar sepupunya Damia. Damia tua 3bulan je dari Alya. Damia diam jer..pasrah jer tengok Alya ambik selipar dia. Baik jer dia.
Jalan-jalan kat atas tar. Kejar-kejar abang, kakak sepupu dia. Disebabkan mama tak prepare yang baby yang dah tak berapa baby nak berjalan kat tanah. Tak pakaikan knee cover. Budak baru pandai berjalankan..sah-sah memang kerap la jatuh. Siap berdarah lutut tapi relax jer. Tak reti sakit budak ni. Ajak naik pun tak nak..ngamok.. Last-last kena naik jugak sebab dah start duduk makan pasir....alahai.....
Doa Yang Termakbul
Kadang-kadang
terfikir semua ni macam mimpi..
Cepatnya
masa berlalu. Masih saya ingat menangis di tikar sembahyang.
Merayu-rayu,
meratap, hampir sahaja meraung. Air mata berjurai-jurai.
Memohon pada
yang Yang Satu. Mohon
dikurniakan zuriat.
Bagaimana mungkin dikurniakan zuriat dari darah daging
sendiri kalau tak berlaki J
Tapi saya
amat yakin doa akan dimakbulkan.
Saya akan
ada zuriat dari rahim saya sendiri.
Ya, tepat
ramalan saya dikurniakan zuriat.
Tapi sebelum
tu sudah tentu Allah kurniakan suami.
Mana mungkin
cerita saya akan sama dengan
Si Suci Maryam dengan Si Mulia Yusuf a.s.
Pada mulanya
memang saya sentiasa berdoa agar dicepatkan, ditemukan, dipermudahkan jodoh.
Hadirkan
seorang lelaki bernama suami Ya Allah.
Bila usia
meningkat hampir ke 3 series saya mula rasa sunyi.
Cemburu
tengok post kawan-kawan.
Awal-awal
tahun masing-masing berlumba post ragam hantar anak ke school.
Ragam anak
kacau mak tengah berak. Anak mandikan kucing dengan mesin basuh.
Bila hari
raya pula post gambar baju sedondon dengan anak-anak dengan caption
“Selamat
Hari Raya Dari Kami Sekeluarga”.
Masa tu rasa
sunyi sangat. Bestnya ada anak. Beshnya ada family sendiri.
Walaupun
masa tu dah ada 3 orang anak saudara tapi hati tetap rasa nak jadi ibu.
Ibu yang melahirkan
dari rahim sendiri.
Bermula dari
situ saya ubah doa saya. Saya kerap buat solat hajat mohon nak anak.
Antara doa
wajib selepas fardhu.
رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ ذُرِّÙŠَّØ©ًً Ø·َÙŠِّبَØ©ً
Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِÙŠْعُ الدُّعَاءِ
“Ya Tuhanku,
berikanlah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik.
Sesungguhnya engkau maha pendengar do’a”
(QS.Al-Imran: 38)
Sampai sekarang doa ini masih saya baca.
Tak lama
selepas itu, saya dikenalkan dengan seorang lelaki.
Perkenalan
biasa-biasa saja. Sebulan kemudian terus dia hantar rombongan merisik.
Cuti 1
Malaysia kami bertunang.
Bertunang 4 bulan,
kahwin di hari lahir saya yang ke 30
(birthday hijri date-saya lahir 12 Rabiul
Awwal
bersamaan dengan
Maulidur Rasul). Gregorian date December.
Tarikh
kahwin 24 Januari 2013.
Hujung tahun
2013 hadiah birthday saya adalah seorang
baby boy yang sangat handsome! Haha
Siapa lagi
nak puji kalau bukan maknya sendiri JJJ
Nampak
tak..permohonan untuk ada zuriat Allah kurniakan double..suami dulu baru anak.
Yakinlah
Allah Maha Mendengar. Mohon lah apa sahaja. Lambat atau cepat bukan urusan
kita.
Doa, doa dan
doa…kemudian usaha dan tawakkal.
Semoga kita
istiqomah dalam berdoa dan tidak berputus asa.
Salam
Sayang,
Iman.
Sunday, January 27, 2019
BLOG BEST
Assalamualaikum blog...lama tak jumpakan? Rindu tak?
insyallah mama kembali ni nak hidup bersama blog balik..
kita kawan balik ye. mana tau lepas ni mama buat blog ni
jadi blog best gile haha..sambil2 boleh buat income untuk mama
dan family. btw mama dah beranak 3 tau!
Monday, October 6, 2014
Aidil Adha 2014
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Hari ni hari kedua Aidil Adha. Pagi semalam beraya kat rumah mama. Pagi ni beraya di KB. Rumah nenek Bang Lan. Malam tadi datang.. Pagi-pagi tadi duk pikir-pikir nak makan ape sarapan lantas menghasut Bang Lan ke Pasar Kubang Pasu. Sampai pasar tengok ade 2 orang je duk meniaga tapi kuihnya banyak la.. Tak puas hati hasut lagi pi Pasar Siti Khadijah. Walaupun tak ramai orang meniaga tapi ok la.. Banyak la jugak choice dan yang paling penting murah giler... Kuih-muih kebanyakannya 5biji singgit. Murah kan. Kalau kat kg aku 3biji jer singgit. Best kan taraf bandar tapi makanan murah sangat.. Berbaloi-baloi.... Oh ye... Sume yang pegi pasar ni adalah orang tak mandi haha... Bang Lan, mak mentua, kak ipar, adik ipar, sepupu Aamar dan termasuklah Aamar sekali... Eh, tak lupa tuab punyer blog... Kalau makcik jual kuih tahu, tak lalu dia nak meniaga.. Blueeekkk...
Monday, September 29, 2014
Mainan
Assalamualaikum wbt
Bila dah ada anak ni kan selalu lepak kat bahagian toys bila pegi pasaraya atau mana-mana kedai. Tapi Baby Aamar mudah bosan dengan sesuatu benda. As a parent, kita excited nak beli toy untuk anak tapi rasa frust la jugak bila anak tak nak main lama-lama. So kita beli toy yang murah-murah sudey...
Bola di kedai 2 hinggit...dapat dua bijik..so singgit satu!
Bola di kedai 2 hinggit...dapat dua bijik..so singgit satu!
Subscribe to:
Posts (Atom)


